Knowing Me

My photo
Anak jati negeri Sabah (Land Below The Wind)...Mendapat pendidikan awal di Taski Abim Tg. Aru, kemudian ke SK. Tg. Aru (1)..selepas itu melanjutkan pendidikan ke peringkat menengah di SMK (A) Inanam a.k.a SEMAI..rezeki menyambung pelajaran ke Nilam Puri (APIUM) Kelantan dan kini, meneruskan perjalanan menuntut ilmu dalam bidang Sarjana Muda Pendidikan Islam di Universiti Malaya dan merupakan pelajar tahun Tiga... Sedang mengikuti kursus Multimedia Dalam Pendidikan Islam (IXEB 4301)bagi sesi 2009...

Sunday, April 5, 2009

REFLEKSI MULTIMEDIA (2)

Refleksi 2:

Ramai yang mengatakan guru-guru tidak menggunakan ICT di sekolah kerana mereka belum bersedia. Sekiranya anda ditempatkan di sekolah Bestari, apakah langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah?

Membudayakan ICT memakan satu jangka masa yang lama. Ini mungkin disebabkan oleh pandangan segelintir pendidik yang menganggap bahawa ICT merupakan satu perkara ‘baru’ dan ‘sukar’ khususnya guru-guru ‘lama’ untuk mempelajarinya atas beberapa alasan yang menjadi kekangan.

Sekiranya saya ditempatkan di sekolah Bestari, antara langkah-langkah yang akan saya lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah adalah seperti berikut :

1) Menggunakan segala kemudahan ICT yang sediakan semaksimum yang boleh.

Setiap guru perlu digalakkan mengintegrasikan ICT pada setiap kesempatan dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas serta murid-murid digalakkan menggunakannya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

Selain itu, penggunaan ICT sebagai sumber pendidikan membolehkan guru mempelbagaikan pendekatan, kedah dan teknik pengajaran mereka. Bantuan ICT dalam proses pembelajaran akan dapat memberikan impak yang positif dalam membantu pemahaman sesuatu konsep dengan lebih mudah terutamanya bagi kanak-kanak yang lemah daya kognitif. Oleh itu, dengan adanya bantuan bahan-bahan berbentuk interaktif multimedia akan meransang daya pemikiran mereka.

2) Mengadakan kelas latihan/bengkel.

Melakukan latihan pengaplikasian ICT dalam P&P agar guru-guru lain akan turut dapat menjayakan hasrat mengintegrasi dan membudayakan ICT dalam melaksanakan tugas mereka.

3) Menunjukkan cara yang berkesan penggunaan teknologi/multimedia dalam P&P.

Membuktikan bahawa semua alat multimedia yang digunakan dalam P&P seperti powerpoint, video, audio dan sebagainya akan meransang motivasi serta minat pelajar untuk terus megikuti sesi P&P dan memudahkan guru untuk mencapai objektif.

4) Menganjurkan satu projek seperti kempen “Budaya ICT Medium Modal Insan Berkualiti”- cadangan.

Melalui kempen yang dijalankan, diharap ianya mampu memberikan kesedaran kepada guru-guru lain untuk membuka mata, minda dan hati mereka agar mendorong kepada melakukan satu perubahan bagi mengharungi cabaran globalisasi dalam melahirkan generasi pelapis yang berkualiti kerana pendidikan itu akan terus berkembang seiring dengan peredaran masa.

Disediakan oleh,

Norisahidah Binti Yahya
IEB 060095

0 comments:

Post a Comment