Knowing Me

My photo
Anak jati negeri Sabah (Land Below The Wind)...Mendapat pendidikan awal di Taski Abim Tg. Aru, kemudian ke SK. Tg. Aru (1)..selepas itu melanjutkan pendidikan ke peringkat menengah di SMK (A) Inanam a.k.a SEMAI..rezeki menyambung pelajaran ke Nilam Puri (APIUM) Kelantan dan kini, meneruskan perjalanan menuntut ilmu dalam bidang Sarjana Muda Pendidikan Islam di Universiti Malaya dan merupakan pelajar tahun Tiga... Sedang mengikuti kursus Multimedia Dalam Pendidikan Islam (IXEB 4301)bagi sesi 2009...

Sunday, April 5, 2009

REFLEKSI MULTIMEDIA (5)


Refleksi 5:

Apakah cadangan dan pendapat anda bagi memperbaiki sukatan pelajaran yang terdapat dalam subjek Multimedia dalam Pendidikan Islam ini? Adakah ianya perlu diubah? Sekiranya YA kenapa dan bagaimana. Sekiranya TIDAK kenapa?

Sepanjang mengikuti subjek Multimedia Dalam Pendidikan Islam ini, saya berasa puas hati terhadap silibus yang diberikan. Pengetahuan pensyarah yang luas dalam bidang ini amat-amat membantu bagi melicinkan lagi proses P&P. Segala maklumat yang dikongsi dapat dimanfaatkan sebaik yang mungkin.

Cuma ingin saya cadangkan di sini, bagi subjek Multimedia yang akan datang ...



Refleksi 5:

Apakah cadangan dan pendapat anda bagi memperbaiki sukatan pelajaran yang terdapat dalam subjek Multimedia dalam Pendidikan Islam ini? Adakah ianya perlu diubah? Sekiranya YA kenapa dan bagaimana. Sekiranya TIDAK kenapa?

Sepanjang mengikuti subjek Multimedia Dalam Pendidikan Islam ini, saya berasa puas hati terhadap silibus yang diberikan. Pengetahuan pensyarah yang luas dalam bidang ini amat-amat membantu bagi melicinkan lagi proses P&P. Segala maklumat yang dikongsi dapat dimanfaatkan sebaik yang mungkin.

Cuma ingin saya cadangkan di sini, bagi subjek Multimedia yang akan datang, saya harapkan agar pensyarah lebih menumpukan kepada cara-cara penghasilan koswer kerana 80% daripada pelajar telah ‘tahu’ menggunakan asas dalam penghasilan powerpoint bagi pengajaran dan pembelajaran.

Pensyarah juga perlu memperkenalkan kepada pelajar software yang digunakan selain powerpoint bagi menghasilkan satu koswer yang menarik seperti Flash, Adobe Presenter, dan sebagainya. Ini kerana subjek Multimedia ini akan diambil pada penghujung tahun 4 (sem 2) sebelum kami menjalani pratikum.

Selain itu, skop perbincangan dan latihan (kandungan (content) pelajaran) di dalam kelas perlu selaras dengan kelas-kelas yang lain agar semua yang mengambil subjek ini akan mendapat manfaat yang sama.

Secara keseluruhannya, sepanjang saya mengikuti kelas multimedia bagi sesi 2008/2009 ini ia telah memberikan saya satu kepuasan dan keseronokan dalam mempelajari tentang apa itu “Multimedia” secara teori dan praktikal.

Disediakan oleh,

Norisahidah Binti Yahya
IEB 060095

0 comments:

Post a Comment