Knowing Me

My photo
Anak jati negeri Sabah (Land Below The Wind)...Mendapat pendidikan awal di Taski Abim Tg. Aru, kemudian ke SK. Tg. Aru (1)..selepas itu melanjutkan pendidikan ke peringkat menengah di SMK (A) Inanam a.k.a SEMAI..rezeki menyambung pelajaran ke Nilam Puri (APIUM) Kelantan dan kini, meneruskan perjalanan menuntut ilmu dalam bidang Sarjana Muda Pendidikan Islam di Universiti Malaya dan merupakan pelajar tahun Tiga... Sedang mengikuti kursus Multimedia Dalam Pendidikan Islam (IXEB 4301)bagi sesi 2009...

Sunday, April 5, 2009

REFLEKSI MULTIMEDIA (3)

Refleksi 3:

Untuk refleksi seterusnya, berikut adalah soalan-soalan yang perlu dibincangkan bersama. Soalan-soalan ini menuntut anda memikirkan pengalaman yang telah dilalui pada semester ini yang berkaitan dengan pembelajaran atas talian menggunakan Moodle (ADEC). Soalan-soalan ini adalah amat penting kerana ianya akan membantu anda sebagai seorang guru yang juga akan menggunakan pembelajaran atas talian dengan murid-murid anda suatu hari nanti.

1- Apakah ciri-ciri dan kemahiran yang ada pada anda membolehkan anda mengawal proses pembelajaran anda secara atas talian?

i. Mahir dan Berpengetahuan.
Mahir dalam menyusun atur segala maklumat yang masuk serta mengendalikan talian yang saya gunakan. Kemahiran teknikal menggunakan perkakasan ICT yang asas seperti bagaimana menggunakan kekunci dan tetikus untuk menyusun semula maklumat bagi keperluan baru adalah penting.

ii. Pengarkiban yang tersusun.
Semua nota dan input tentang pelajaran disusun dengan teratur, up-to-date dan mudah untuk dicapai.

iii. Kemahiran memperolehi maklumat secara on-line.
Mudah bagi pelajar untuk memperolehi nota-nota pelajaran dan ini termasuk perkhidmatan perpustakaan maya, e-pembelajaran dan sebagainya. Pembelajaran di atas talian memudahkan pelajar untuk memperolehi maklumat yang tersimpan di luar batas geografi. Pembelajaran secara interaktif ini juga menyediakan pencarian ilmu dengan cara yang mudah.

iv. Meningkatkan kemahiran berfikir.

v. Membantu meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
Pembelajaran secara atas talian ini boleh berlaku di luar batasan sekolah atau di luar waktu kelas. Pelajar boleh berinteraksi dengan guru dan sesama mereka bagi meluaskan pengetahuan.

2- Apakah bahan atau sumber yang perlu disediakan oleh tutor/pensyarah supaya anda boleh mengawal proses pembelajaran anda atas talian?

i. Isi kandungan pengajaran (pro-forma), supaya pembelajaran pelajar lebih tertumpu. Huraian sukatan yang ringkas tetapi ‘padat’ agar pelajar dapat fokus kepada apa yang akan diperolehi selepas mengikuti sesi pembelajaran ini selama satu semester.

ii. Menyediakan link-link yang sesuai untuk dijadikan rujukan tambahan.

iii. Memasukkan nota-nota pelajaran (kuliah dalam kelas) dan boleh di download dengan mudah (Bahan-bahan P&P disimpan dalam bentuk softcopy mudah untuk diubahsuai).

iv. Mewujudkan satu ruang yang membolehkan pelajar sesama pelajar berinteraksi dan juga pelajar bersama guru.

3- Apakah perkara-perkara yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajarannya secara atas talian?

i. Guru cuba memberikan satu arahan yang jelas dan mudah difahami oleh pelajar.

ii. Guru haruslah menyediakan link-link yang bersesuaian dan berkaitan dengan apa yang dipelajari bagi meningkatkan lagi kawalan proses pembelajaran seseorang pelajar dan sesi ulangkaji menjadi lebih mudah dengan pelbagai bahan dan boleh dicapai pada bila-bila masa.

iii. Guru menyediakan satu ruang yang membolehkan pelajar mengutarakan persoalan tentang pelajaran, menyatakan pendapat serta komen positif yang membantu dalam menigkatkan lagi proses pembelajaran atas talian ini.

iv. Guru memberikan bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan menjadi fasilitator bagi setiap pelajar agar pelajar terus dapat menjalani pembelajaran secara talian ini dengan keadaan dan suasana yang “kondusif”.

Disediakan oleh,

Norisahidah Binti Yahya
IEB 060095

0 comments:

Post a Comment