Knowing Me

My photo
Anak jati negeri Sabah (Land Below The Wind)...Mendapat pendidikan awal di Taski Abim Tg. Aru, kemudian ke SK. Tg. Aru (1)..selepas itu melanjutkan pendidikan ke peringkat menengah di SMK (A) Inanam a.k.a SEMAI..rezeki menyambung pelajaran ke Nilam Puri (APIUM) Kelantan dan kini, meneruskan perjalanan menuntut ilmu dalam bidang Sarjana Muda Pendidikan Islam di Universiti Malaya dan merupakan pelajar tahun Tiga... Sedang mengikuti kursus Multimedia Dalam Pendidikan Islam (IXEB 4301)bagi sesi 2009...

Sunday, April 5, 2009

REFLEKSI MULTIMEDIA (4)

Refleksi 4:

Nampaknya kelas kita sudah hampir ke penghujungnya. Saya berharap agar anda sudah mendapat banyak manfaat dan ilmu serta kemahiran dalam masa 9 minggu ini. Anda akan menyerahkan tugasan projek anda tidak lama lagi. Saya ingin mengetahui pendapat anda tentang pengalaman menyiapkan tugasan projek tersebut. Soalan-soalannya adalah seperti berikut:

1. Apakah pendapat/persepsi anda apabila diberitahu bahawa anda dikehendaki untuk menyiapkan satu koswer yang menggabungkan semua elemen-elemen multimedia?

Pada mulanya, saya agak terkejut dan ‘pening’ memikirkan apabila kami diminta untuk menyiapkan satu koswer yang menggabungkan semua elemen-elemen multimedia. Penggunaan koswer bagi menghasilkan satu modul pengajaran dan pembelajaran merupakan satu benda ‘baru’ buat saya dan mungkin juga orang lain. Walaubagaimanpun, saya berusaha untuk menghasilkannya dengan bantuan rakan-rakan kumpulan yang lain.

2. Pada pendapat anda adakah projek ini akan dapat membantu anda ketika anda menjalani praktikum nanti?

Kita semakin melangkah ke era globalisasi dan teknologi tinggi. Oleh yang demikian, projek ini ‘ter’-amat membantu saya ketika menjalani pratikum nanti. Segala isi pengajaran yang telah diberikan dan dikongsikan oleh pensyarah dalam menghasilkan koswer akan saya aplikasikan bagi menjadikan sesi P&P itu lebih menarik dan mungkin berbeza dari yang lain. Selain itu, projek ini juga telah ‘memaksa’ saya untuk berfikir ‘lebih’ kretif bagi memastikan hasil daripada penghasilan projek ini benar-benar dapat menarik perhatian pelajar.

Walaubagaimanapun, sepanjang menyiapkan projek ini ‘terlalu’ banyak ‘tekanan’ dan ‘masalah’ yang saya dan ahli kumpulan terpaksa hadapi. Penghasilannya bukanlah semudah yang dirangkakan dan disangkakan. Kami telah menggunakan pelbagai software bagi menghasilkan sesuatu koswer tersebut.

3. Untuk makluman anda ketika pembentangan projek nanti, rakan-rakan anda yang lain dikehendaki untuk membuat penilaian terhadap anda berasaskan bintang (memberikan jumlah bintang yang bersesuaian dengan produk yang dihasilkan dan pembentangan yang dilakukan)

Soalannya, sekiranya anda fasilitator/tutor kelas ini, adakah anda akan menukar kaedah penilaian tugasan ini?
Jika YA, jelaskan bagaimana dan mengapa? Jika TIDAK (dan ingin mengekalkan kaedah penilaian menggunakan sistem bintang), mengapa?

Sekiranya saya diberi ‘peluang’ untuk menjadi anda fasilitator/tutor kelas ini, saya ingin menukarkan kaedah pemberian markah daripada sistem pemberian bintang kepada sistem pemberian markah secara peratus. Ini kerana pemberian markah secara peratus lebih jelas dan mudah difahami oleh pelajar dan memudahkan sistem pengiraan bagi men‘total’kan semua tugasan.

Disediakan oleh,

Norisahidah Binti Yahya
IEB 060095

0 comments:

Post a Comment